Nuffnang

Kelas Baking Cake 2013 Ditangguh Sementara Waktu

Assalamualaikum w.b.t. , salam sejahtera semua rakan yang sudi mengujungi blog saya ini.

Alhamdulillah, akhirnya terbina blog bagi 2013 dengan corak dan versi terbaru. So kepada rakan yang berminat dengan kek dan produk yang dikeluarkan oleh D'NiES CAkE, jangan malu segan untuk membuat sebarang pertanyaan. Pm je untuk tempahan ye.

Ramai di luar sana bertanya bila saya mula on Class? Kesibukan sebagai pekerja di office dan isteri/ibu di rumah membuatkan masa diperbatasan. Sungguh saya mengatakan saya kurang waktu untuk on semula class. Bagi bulan Januari dan Februari, weekend telah dipenuhi dengan tempahan wedding dan juga aktiviti bersama keluarga. Insyallah, pada Mac 2013 akan diadakan kelas semula. Nantikan jadual kelas yang akan diupdate dari masa ke semasa.

Seronok sebenarnya mempelajari bidang baker ni. Walaupun penat, tapi hasilnya membuat kite tersenyum dan bersyukur. Alhamdulillah. Saya bukan baker sepenuhnya, maka perbatasan masa yang membuatkan saya menjadikan setiap saat dan ketika itu amat berharga.

Itu sahaja yang hendak disampaikan. Saya hargai anda semua.

" KUALITI DITINGKATKAN KEPUASAN PELANGGAN JADI KEUTAMAAN "

0 ulasan:

 

Copyright © 2012 Reserved to D'nies Cake
Design by Ccicute Design