SELAMAT DATANG ke Blog D'NiES CAkE.
Saya lebih mesra di kenali sebagai Hanis @ Awin, seorang Penjawat Awam, bertugas di Putrajaya, menetap di Puchong Utama, isteri kepada Mohd Rossaidi Bin Ab Karim, telah membina mahligai rumah tangga pada 16 Disember 2006 dan dikurniakan sepasang permata hati iaitu Syafiq Haikal Dan Nursara Haifa.
Dengan minat yang bersahaja dalam bidang ini, tidak menyangka mendapat sambutan dari rakan-rakan sepejabat mahupun di luar sana.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi, bermula dengan kecil-kecilan pada 2008 melayari bidang ini secara "part time" , rezeki dari Allah tiada putusnya. Saya juga bersyukur kerana mendapat sokongan sepenuhnya dari suami tercinta. Tanpanya, mungkin saya tidak berdiri sendiri dalam menguruskan perniagaan ini. Alhamdulillah.
Permulaan, adik ipar saya mempelawa untuk merasa kek resepinya. Setelah mencuba dari resepi yang diberikan, saya membawa ke pejabat. Rakan seangkatan memberi pujian dan membuat tempahan. Mula dari situ, saya mula menerima tempahan dari rakan sepejabat saya dan juga suami saya. Akhirnya saya mempunyai rakan niaga (suplier) di beberapa tempat di sekitar Lembah Klang.
Jualan meningkat apabila tiba musim perayaan. Memang tidak cukup tangan untuk menyiapkan tempahan. Pernah terjadi pada tahun 2009, saya dan suami hanya tidur 3 jam sahaja di hari-hari akhir sebelum perayaan. Tapi berkat kesabaran dan sokongan, semua perkara dapat di atasi.
Dengan minat yang datang tiba-tiba, saya menuntut ilmu dengan Cikgu E-car (http://ecarnazrin.blogspot.com/) di Bangi. Mempelajari Cup Cake pelbagai bentuk, saya menjadikan kepada kek hari lahir, kek pertunangan mahupun kek perkahwinan. Terima kasih kak Ecar atas ilmu yang dicurahkan kepada saya. Kemudian saya turut mempelajari Tart. Tart adalah salah satu biskut kegemaran saya. Saya mempelajari dari kek lea.(http://leaoven.blogspot.com/) .Saya juga turut mempelajari Steam Cake dari kak lea. Terima kasih sekali lagi atas ilmu yang diberikan, tanpa ilmu tersebut, tidak mungkin saya boleh menjadikan yang terbaik.
Kepada rakan dan juga para pembaca blog ini, diharap dapat melihat koleksi kek, puding, tart dan sebagainya di dalam blog ini. sekiranya anda berminat, hubungi saya untuk tempahan :-
Hanies ditalian 019-2579880
Zaidie ditalian 019-2551873
Emel : dniescake@gmail.com @ mazwienhanies@yahoo.com
Pembayaran hendakkan dibuat ke dalam akaun berkenaan :
Maybank : 166010110854
Bank Commerce BCB: 04050062308528
(atas nama SITI NOR HANIS BINTI SALEH)
Dipohon kepada yang telah mengkreditkan pembayaran ke akaun berikut dapat memaklumkan kepada saya setelah pembayaran dibuat.
Sekian, terima kasih.