Nuffnang

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman yang sudi mengunjungi blog saya ini. Tidak terlewat rasanya saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Terima kasih kepada sahabat handai, rakan-rakan di luar sana yang sudi menempah kek dan tart pada hari lebaran yang lalu. Terharu rasanya hari kerana D'NiES CAkE masih lagi diterima ramai. Terima kasih sekali lagi. Memang tidak menang tangan dibuatnya. Berkat pertolongan suami, semua tempahan berjaya disiapkan hingga hari terakhir umat Islam berpuasa.
Saya memohon maaf kepada tempahan yang tidak diterima disaat akhir. Insyaallah, sekiranya anda berminat, boleh membuat tempahan untuk majlis hari raya @ rumah terbuka.
Sekiranya dipanjangkan umur, untuk Raya tahun hadapan, tempahan blueberry cheesetart akan ditambah kerana mendapat sambutan diluar jangkaan. Insyallah.
Akhir kata sambutlah salam lebaran dari saya dan keluarga untuk anda semua.

0 ulasan:

 

Copyright © 2012 Reserved to D'nies Cake
Design by Ccicute Design