Nuffnang

IKLAN



























Kepada yang ingin membuat tempahan, maklumkan kepada saya ditalian 0192579880 @ emel ke dniescake@gmail.com. Terima kasih

D'NiES CAKE kembali semula

Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera kepada semua rakan yang dihormati.

Setelah hampir tiga bulan saya merehatkan diri, kini saya kembali semula untuk menerima sebarang tempahan dari anda semua.Alhamdulillah, saya telah dikurniakan anak perempuan untuk cahayamata kedua saya. Dan kini saya kembali dengan penambahan beberapa produk terbaru yang akan dipasarkan dalam bulan ini dengan harga yang berpatutan. Jom kita cuci-cuci mata dengan produk terbaru dari D'NiES CAKE.

TEMPAHAN DITUTUP SEKETIKA WAKTU

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera kepada semua rakan yang sudi untuk menjamu mata di blog saya ini.


Di sini saya ingin mengumumkan bahawa semua tempahan dari D'NIES CAKE ditutup sementara waktu. Walaupun perkara ini pernah diwarwarkan di dalam Facebook, tapi masih ada lagi rakan diluar sana ingin membuat tempahan. Saya mohon maaf yer. Saya sedang menunggu hari untuk bersalin. Insyallah, tempahan ditutup selama 2 bulan dan beroperasi sepenuhnya pada bulan SEPTEMBER 2012. Insyaallah !!

Nantikan kemunculan pelbagai kek yang terbaru dari D'NIES CAKE dengan harga yang berpatututan pada September 2012 nanti, diantaranya :-

  • Rainbow Cake With Italian Cheese @ Cream Cheese @ Butter Cream
  • Rainbow Moist Cake With Italian Chees @ Cream Cheese @ Butter Cream
  • Red Velvet Cake & Cup Cake 
  • Tiramisu Birthday Cake
  • Curly Chocolate Strawberry Fruit Cake
  • Carrot Cheese Cream Cake
  • Banana Moist Cake
  • Orange Blended Moist Cake
  • Rainbow, Redved & Tiramisu Cake in JAR & Special Box
  • Steam Fruit Cake
  • Cake "Gula Hangus" - resepi my bonda
  • Indulgence Cake 
  • Cheeze Merry Biscuit With Flavour 
  • Toffee Caremel Cheese Cake


Atas permintaan sebelum ini untuk saya pelbagaikan resepi cake, insyallah, permintaan akan ditunaikan nanti. Nantikan kemunculan aneka kek di atas yer. Harga amat berpatutan dengan pasaran yang ada. 

Untuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti, saya akan maklumkan kemudian. Berkemungkinan tempahan akan dibuka untuk perayaan ini pada pertengahan Julai 2012 dan tempahan yang dibuka hanya untuk Chocolate Moist Cake Dan Tiramisu Cake sahaja. Sekiranya masa mengizinkan, saya akan buka tempahan untuk Blueberry/Strawberry Cheese Tart. Insyallah . (bergantung pada situasi semasa).

Sekian, Terima kasih.

Tempahan Yang Diterima Terhad

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Lama saya tidak update blog kek ini. Memandangkan masalah komputer di opis menggunakan version lama, dan kesibukan di tempat baru bekerja, maka tergendala semuanya. Mohon kemaafan yer.

Ok, saya kini hanya menerima tempahan CHOCOLATE MOIST CAKE dan TIRAMISU CAKE  sahaja sehingga bulan September 2012 ini. Saya dijangka bercuti panjang pada bulan Julai hingga September 2012 kerana berpantang untuk anak ke dua.




Oleh yang demikian, pada musim perayaan nanti yang dijangka pada bulan Ogos ini, tempahan yang diterima hanya Chocolate Moist Cake With Container sahaja yang dikendalikan oleh suami saya.

Sekian, Terima kasih.

 

Copyright © 2012 Reserved to D'nies Cake
Design by Ccicute Design